Lawatan Penanda Aras Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ke Bahagian Pentaksiran Dan Penilaian Akademik (BPPA), UiTM

Sektor Penilaian Kompetensi (SPK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 13 Disember 2022 yang lalu. Jabatan UiTM yang terlibat adalah Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), Bahagian Teknologi Maklumat, iCEPS dan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UiTM.

Lawatan kerja ini bertujuan memahami dan mempelajari penggunaan sistem atau aplikasi berkaitan penilaian yang dilaksanakan di UiTM seperti Sistem Peperiksaan Perkhidmatan UiTM, Sistem U-Future dan lain-lain kaedah yang digunakan untuk tujuan penilaian.

Pihak SPK JPA dalam proses membangunkan Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang melibatkan empat (4) kategori Peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut iaitu Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Faedah Kewangan, Kenaikan Pangkat dan Peningkatan Secara Lantikan (PS). Melalui lawatan ini ia dapat membantu menambahkan lagi pengetahuan asas pihak SPK JPA berkaitan tujuan tersebut.

Lawatan pihak SPK JPA ke BPPA bermula jam 9.30 pagi dan seramai 15 orang warga kerja SPK JPA yang menyertai lawatan tersebut. Agenda program dimulakan dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Puan Farah Milah, Penolong Pendaftar Kanan BPPA dan diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan BPPA. Taklimat ini sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta lawatan berkenaan sistem peperiksaan di BPPA.

Penyampaian cenderamata turut disampaikan kepada pihak SPK JPA dan program tersebut tamat kira-kira jam 11.00 pagi. Pihak BPPA berharap objektif lawatan tercapai dan segala maklumat yang diperolehi daripada lawatan ini dapat dijadikan pencetus idea kepada pihak SPK JPA dalam proses membangunkan Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam di institusi mereka nanti.