LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

Pada 20 Julai 2023, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Majlis Perbandaran Teluk Intan. Lawatan ini disertai oleh 40 orang yang terdiri daripada Penyelaras EKSA daripada kedua-dua kampus, Jawatankuasa Induk EKSA, Person-in-charge serta wakil-wakil zon. Inisiatif ini dirancang pada setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran amalan EKSA dan pendekatan yang efektif bagi pembudayaan amalan keseragaman untuk pelaksanaan EKSA di kedua-dua kampus.

Pemilihan Majlis Perbandaran Teluk Intan sebagai lokasi lawatan penanda aras ini adalah kerana Majlis Perbandaran Teluk Intan telah berjaya dianugerahkan sijil pengiktirafan (EKSA) kategori cemerlang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 13 dan 14 November 2019 yang lalu.

Ketibaan kami disambut baik oleh Encik Noor Hafiz Mohd Arifin selaku Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat oleh beliau dan seterusnya lawatan di sekitar majlis. Antara perkongsian inisiatif dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan adalah seperti Anugerah Ruang Kerja Terbaik, Inovasi Terbaik, kerseragaman tulang fail, label, dan sebagainya. Kami juga berpeluang untuk melawat bahagian dan ruang seperti Bilik Mesyuarat, Bilik Pegawai, Ruang Pejabat, Kaunter Utama dan beberapa ruang lain yang memenuhi kriteria pengauditan EKSA. Kesemua peserta lawatan berasa teruja dan bersemangat untuk menambah baik amalan EKSA di zon masing-masing. Lawatan Penanda Aras EKSA ini bertujuan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik EKSA daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Disamping itu, objektif Lawatan Penanda Aras EKSA adalah:
1.Mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama yang erat diantara UiTM Perak dan Majlis Pembandaran Teluk Intan.
2.Salah satu alternatif untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas pentadbiran.
3.Satu mekanisma untuk membuka minda warga kerja UiTM Perak agar lebih bersemangat dalam meningkatkan imej, personaliti, dan kualiti kerja.

Dengan penganjuran lawatan ini, adalah diharapkan agar pelaksanaan amalan EKSA di UiTM Perak dapat dibudayakan dengan efektif dan inovatif. Selain itu, di samping mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, aktiviti inovasi dan pembudayaan amalan hijau amat digalakkan untuk dibudayakan di kalangan warga kerja. Semoga perkongsian dari lawatan ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada peserta untuk menambah baik pelaksanaan EKSA di UiTM Perak.