Lawatan Panel Industri Program Diploma Sains Geomatik dan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik,

ARAU, 21 September 2023 – KAB UiTM Perlis telah menerima lawatan panel industri Program Diploma Sains Geomatik dan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik, Sr Husaini bin Ya’cob. Beliau merupakan Pengarah Ukur Seksyen dari Seksyen Perkhidmatan dan Penyelarasan JUPEM KL.

Antara aturcara lawatan adalah sesi dialog bersama pelajar dan pensyarah selain perbincangan serta maklumbalas terhadap kurikulum dan isu-isu terkini serta pelaksanaan bidang ukur di industri. Beliau turut dibawa melawat Stor Alat Ukur dan Makmal SUG untuk melihat fasiliti yang disediakan untuk PdP.

Pihak KAB, UiTM Cawangan Perlis amat berbesar hati menerima segala pandangan dan maklumbalas beliau dalam usaha memacu hala tuju dan kepentingan strategik kerjasama antara Universiti dan Industri, selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penyelidikan dan inovasi serta perundingan.