LAWATAN MUHIBAH REKTOR KE KOLEJ KEDIAMAN DAN RUMAH PELAJAR NON RESIDEN

KOTA KINABALU, 8 Julai 2023 – Lawatan Muhibah Rektor Ke Kolej Kediaman dan Rumah Pelajar Non Resident (NR) telah dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej/NR (JPK/NR) UiTM Cawangan Sabah, Staf Residen Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar di sekitar Kolej Mabul, Mantanani, Manukan dan Rumah Sewa Pelajar di Kota Kinabalu.

Program yang diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Sabah Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, turut dihadiri Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Datin Dr Rafidah @ Malissa Salleh, Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Aminah Aman dan beberapa Ketua Bahagian UiTM Cawangan Sabah. Penyertaan dan penganjuran program dari 40 JPK/NR, 10 Staf Residen Kolej mengiringi Pengurusan UiTM Cawangan Sabah ke bilik pelajar di kolej kediaman dan rumah sewa pelajar NR (120 pelajar terlibat sebagai penerima sumbangan makanan).

Program ini merupakan program yang di adakan pada setiap semester bagi memberikan semangat motivasi kepada para pelajar. Rektor menasihatkan pelajar untuk kekal focus dalam usaha menuntut ilmu bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Semoga usaha para pelajar diberkati dan memperoleh kecemerlangan serta kejayaan dunia dan akhirat.

Lawatan muhibah ini juga mengeratkan lagi perhubungan antara pengurusan dan pelajar di mana pelajar dapat berkomunikasi secara bersemuka dengan pengurusan kanan dalam menyampaikan cadangan dan aduan serta penambahbaikan kepada pihak kampus. Keperihatinan Rektor dan pihak pengurusan UiTM Cawangan Sabah membuktikan komitmen pengurusan dalam menyantuni pelajar dan memastikan kebajikan pelajar terjaga dan terpelihara.