LAWATAN MUHIBAH NAIB CANSELOR KE INSTITUT KUALITI DAN PENGEMBANGAN ILMU (InQKA)

SHAH ALAM, 12 Jun 2023 – Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor bagi tujuan lawatan muhibah pada 9 Jun 2023 (Jumaat). Lawatan ini adalah bertujuan bagi memastikan kebajikan staf di bawah seliaannya di utamakan. Lawatan ini juga adalah untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama serta menghargai dan memberi sokongan dan motivasi kepada staf dalam menjalankan tugas-tugas seharian.