Lawatan Kolaborasi Strategik Kolej Pengajian Alam Bina ke Brunei

31 Mei 2023 – Satu Lawatan Kolaborasi telah diadakan dari 28 Mei sehingga 31 Mei 2023 ke Negara Brunei Darussalam yang telah melibatkan kerjasama antara Kolej Pengajian bersama Board of Valuers and Estate Agents” (BoVEA, Brunei), di bawah Kementerian Pembangunan Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Institute of Brunei Technology Education (IBTE), Brunei Institute of Geomatics (BIG) dan M.D. Associates, iaitu sebuah firma penilaian harta tanah yang terkemuka di Brunei.
Delegasi UiTM telah diketui oleh Prof Madya Ts Dr Emma Marinie bin Ahmad Zawawi selaku Dekan Akademik & Antarabangsa Kolej Pengajian Alam Bina, Prof Madya Sr Dr Rohayu Ab Majid (Ketua Pengajian Siswazah) dan pengarah Program iaitu Sr Dr Norbaya Ab Rahim bersama empat (4) orang pensyarah dari Bidang Harta Tanah.

Program yang berlangsung ini juga melibatkan lawatan sambil belajar Bersama tujuh (7) orang pelajar pascasiswazah pengajian Alam Bina dari bidang harta tanah. Program yang berlangsung telah memberi peluang kepada pelajar Sarjana Pelaburan Harta Tanah meneroka pembangunan dan pasaran harta tanah di Brunei, khususnya pembangunan semula kampung air, pembangunan Projek Perumahan di Lugu, Brunei dan pembangunan perumahan Armada sebagai usaha kerajaan dalam membantu pemilikan rumah dalam kalangan penduduk Brunei dari pelbagai aras pendapatan. Lawatan ini juga merangkumi pembangunan infrastruktur oleh kerajaan Brunei khususnya Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang juga dikenali sebagai Jambatan Temburong. Ia adalah jambatan dua laluan di Brunei yang merentangi Teluk Brunei, yang menghubungkan tanah besar Brunei dengan sebahagian Kawasan Temburong.

Lawatan ini telah berjaya mencapai kata sepakat untuk berkolaborasi dalam bidang penyelidikan dan pendidikan luar kampus bersama Kolej Pengajian di UiTM iaitu Program Franchise Real Estate Management bersama Universiti Brunei Darussalam dan Institute of Brunei Technology Education (IBTE). Ia akan melibatkan kerja penyelidikan bersama yang memfokuskan kepada pembangunan strata serta perlaksanaan cukai hartanah bersama pasukan penyelidikan dari MD Associate dan Brunei Institute of Geomatics (BIG). Agenda ini telah mendapat restu daripada Ketua Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Negara Brunei, Dr Nor Imtihan Haji Abdul Razak menerusi perbincangan tertutup bersama delegasi dari Malaysia. Dengan adanya program kerjasama ini yang telah diadakan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara sekaligus meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang akademi mahupun jaringan industri.