Lawatan Kerja Rektor UiTM Cawangan Sabah ke Kampus Tawau

TAWAU, 29 OKTOBER 2021 (JUMAAT) : Ybhg. Prof. Madya Datuk Dr. Haji Abdul Kadir Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke kampus Tawau. Ketibaan Datuk Rektor dan rombongan di Lobi Pentadbiran disambut oleh Koordinator Kampus, Tuan Haji Muliyadi Haji Guliling dan Pegawai Eksekutif, Encik Asmad Mohd Noor.

Lawatan kerja Datuk Rektor bermula dari jam 9 pagi dengan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Sabah. Kemudian, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga kerja kampus Tawau. Dalam sesi tersebut Datuk Rektor menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada Encik Nur Muhammad Wastie yang dinaikkan ke jawatan KP14 Pegawal Keselamatan Tingkatan Kanan. Selain itu, beliau juga menyampaikan sumbangan bagi tujuan pembelajaran kepada pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) B40 yang berada di dalam kampus. Sumbangan yang diberikan kepada pelajar adalah hasil kerjasama dengan pihak Bank Islam Malaysia Cawangan Tawau.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Dr. Firdausi Suffian, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Dr. Jasmine David, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr. Sharifah Nurafizah Syed Annuar, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni, Encik Mohamad Hasimi Abdullah, Timbalan Pendaftar, Tuan Haji Samsuddin Mohd Amin, Timbalan Bendahari serta pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Sabah.