Pada 23 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Selangor (UCS) berlaku pertemuan di antara delegasi dari SMA N 2 Yogjakarta, Indonesia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UCS. Pertemuan ini diwakili 4 orang dari SMA N 2 Yogjakarta yang diketuai oleh pengetuanya Puan Wirastuti Kindarsih. Bagi pihak BHEP UCS pula diketuai oleh Timbalan Rektor Prof. Madya Dr. Badrul Isa.
Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan jalinan kerjasama antara pelajar dan staf UCS dengan SMA N 2 Yogjakarta. Antara perancangan awal adalah untuk melibatkan forum mengenai kesihatan mental diantara kaunselor UCS dan juga SMA N 2 Yogjakarta. Pihak SMA N 2 Yogjakarta juga berbesar hati mempelawa UCS ke sekolah mereka bagi memberikan sedikit penerangan tentang potensi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di Malaysia.
Usaha ini dilihat dapat memberikan pilihan kepada para pelajar di SMA N 2 Yogjakarta untuk mencari peluang pembelajaran selain di Indonesia. Diharap usaha ini dapat direalisasikan dengan wujudkan perjanjian persefahaman yang bakal dirangka nanti. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dari kedua-dua belah pihak.