Lawatan Akademik Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas

Pada 14 September 2023, pihak pengurusan dan beberapa orang pensyarah daripada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) Kampus Jasin, Melaka telah melawat Sek Men Keb Nyalas, Jasin, Melaka. Lawatan ini di ketuai oleh Timbalan Dekan Akademik Fakulti Perladangan, Prof Madya Ts. Dr. Nor Azma Yusof, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan dan Industri, Prof Madya Ts. Dr. Fazleen Abd Fattah dan juga En Mohammad Feizal Bin Daud selaku ketua lawatan dan diikuti beberapa orang pensyarah lain daripada pelbagai bidang.

Lawatan ini adalah salah satu program gerak kerja kolaboratif PPD Jasin Bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Kampus Jasin. Ia adalah bertujuan untuk melihat kawasan dan plot penanaman sekolah dan jenis-jenis tanaman yang telah ditanam di Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas. Pada masa yang sama, dengan lawatan ini, pihak FPA dapat berkongsi cara penanaman dan juga berkongsi cara-cara dalam mengatasi beberapa masalah penanaman seperti masalah serangga dan serangan haiwan perosak, tanah yang kering, mesin-mesin yang bersesuaian untuk dikendalikan dan juga masalah penyakit pokok.

Sekolah ini mempunyai beberapa plot tanaman seperti plot tanaman cili, herba, sawi, roselle dan juga beberapa sayuran lain. Ia di tanam dengan pelbagai kaedah seperti kaedah rumah teduhan hujan, hidroponik, polibeg dan juga nutri pot.

Guru-guru di sekolah ini juga mempunyai minat yang mendalam dalam pertanian di mana mereka telah mencuba pelbagai cara dalam menghasilkan tanaman yang berkualiti dan juga telah menghadiri beberapa kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bagi memastikan mereka dapat mengajar para pelajar dengan baik khususnya pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi, di mana mereka mempunyai subjek pertanian di dalam silibus pembelajaran mereka.

Program dan kerjasama seperti ini sangat memberi impak yang sangat baik kepada sekolah dan juga universiti di mana kita boleh memupuk minat pelajar-pelajar di dalam bidang pertanian daripada peringkat sekolah lagi. Ini secara tidak langsung kita boleh menghasilkan belia yang mempunyai perspektif yang sangat positif terhadap bidang pertanian pada masa akan datang.

Galeri Gambar: