ALOR GAJAH, 24 November 2022 – Telah berlangsung Kursus operasi menyelamat di bangunan tinggi dan di air bermula 22 – 24 November 2022 anjuran Jawatankuasa Pengurusan Operasi Bencana Negeri UiTM Cawangan Melaka dan Unit Pengurusan Risiko dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka dan Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka.
Antara objektif penganjuran kursus ini adalah memberikan pendedahan kepada peserta kaedah operasi menyelamat aras tinggi dan di air, pendedahan terperinci dari segi amali dan praktikal perkara yang perlu dilakukan serta tidak boleh dilakukan dan juga langkah-langkah menghadapi situasi operasi menyelamat di tempat tinggi dan di air.
Disamping itu penganjuran kursus seperti ini mampu memberikan satu cabaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Operasi Bencana amnya dan UiTM Cawangan Melaka khasnya dalam merapatkan hubungan silaturrahim juga menambahkan pengetahuan secara perkongsian ilmu disamping merupakan platform untuk bertukar-tukar kemahiran, minat serta menyemai semangat toleransi di dalam diri setiap staf ahli Jawatankuasa Pengurusan Operasi Bencana Negeri peringkat UiTM Cawangan Melaka, juga menyemai pengetahuan berkaitan risiko kesan serta langkah yang perlu diambil bagi menghadapi sesuatu bencana di dalam kampus.
Pengisian kursus yang melibatkan staf UiTM Cawangan Melaka dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya dan Kampus Jasin seramai 25 orang adalah seperti latihan ERT (Emergency Respon Team) serta CPR, simulasi dan latihan ERT CPR dan simulasi pengurusan pusat bencana, simulasi, kaedah dan tatacara operasi menyelamat di bangunan tinggi dan di air, Emergency Respon Team (ERT) menyelamat Bangunan Tinggi (High Rise Rescue), Emergency Respon Team (ERT) Menyelamat di Air (Water Rescue), Urban Search and Rescue, Collapse Structure Rescue, Technical Rope Rescue, Latihan Abselling dan Repalling, modul mencari dan menyelamat (Search and Rescue) SAR dan juga teknik operasi menyelamat di air menggunakan life jacket dan penggunaan bot jenis aluminium dan fiber yang dikendalikan oleh Pegawai Bomba dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam dibantu oleh anggota serta penglibatan pasukan paramedik dari Unit kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Slot ceramah bertajuk “Emergency Respon Team ERT Excercise Table Tob” juga telah disampaikan oleh YBrs PgB Penguasa Bomba Zulkhairani bin Ramli, Ketua Cawangan, Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang juga pakar HAZMAT dan CBRNe Jabatan Bomba Negeri Melaka.