Lawatan Penandaarasan Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Lawatan Penandaarasan Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah diadakan pada 24 November 2022.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan dan pengalaman daripada InQKA khususnya dalam pengurusan kualiti serta berkongsi amalan terbaik yang dipraktikkan khususnya dalam konteks pemerkasaan kualiti.

Staf PPPK UMT yang menyertai lawatan penandaarasan ini ialah Tuan Haji Mohd Nor Shokri Hj Abd Rahman (Pengarah), Dr. Mohamad Nor Hassan (Timbalan Pengarah), Puan Fauzayani Ibrahim (Penolong Pendaftar Kanan), Puan Robbiyah Mohd (Penolong Pendaftar), Puan Faizatul Nurulashikin Razali (Setiausaha Pejabat), Puan Noor Najihah Hamid (Pembantu Tadbir), Encik Anaqi Radzi (Pembantu Tadbir), Encik Raja Mohd Sharifuddin Amin Mohd Shamsor (Pembantu Operasi).

InQKA pula diwakili oleh Prof. Dr. Azizah Abdullah (Penolong Naib Canselor InQKA), Prof. Madya Dr. Kamarularifin Abd Jalil (Pengarah Jaminan Kualiti Dalaman), Dr. Shatina Saad (Ketua Kumpulan Inovasi dan Kreativiti), ChM. Dr. Shahrul Nizam Ahmad (Ketua Komunikasi dan Pengembangan Ilmu), Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Husna Zainol Abidin (Ketua Akreditasi Program, Sains dan Teknologi), Puan Siti Norul’Ain Mohd Azizi (Penolong Pendaftar Kanan), Dr. Nik Azlin Nik Ariffin (Koordinator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti), Puan Noor Azmah Zuber (Penolong Pendaftar).