E-Buletin Citra UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang Dan Teluk Intan Edisi Julai-Disember 2022

E-Buletin Citra UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan (KSBSTI) edisi Julai – Disember 2022 telah berjaya disiapkan dan diterbitkan. Ianya adalah salah satu dokumentasi maklumat dan sumber rujukan kepada semua warga kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan serta pihak lain yang berkepentingan. E-Buletin ini merupakan salah satu medium bagi semua warga kampus dan pelajar mencoret maklumat dan aktiviti sepanjang berada di kampus dan kolej. Selain itu, rakaman dalam penerbitan E-buletin ini memberikan gambaran dan bukti komitmen berterusan UiTM dalam melahirkan mahasiswa holistik selaras dengan agenda nasional membabitkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

          

Antara coretan yang terdapat di dalam E-Buletin Citra UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan (KSBSTI) adalah coretan kejayaan yang diterima oleh warga UiTM KSBSTI, program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan dan pelbagai lakaran kenangan manis diceritakan di dalam E-Buletin ini. Semoga penerbitan E-Buletin ini dapat meningkatkan lagi komitmen dan dedikasi warga UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan (KSBSTI) untuk meningkatkan mutu penyampaian dan kualiti perkhidmatan kepada warga kampus dan pelajar sekaligus mencapai matlamat menjadikan UiTM sebagai universiti cemerlang dan unggul.