KUNJUNGAN PERSAHABATAN EMPAT UNIVERSITI DARI MALANG, INDONESIA KE FAKULTI PENDIDIKAN, UITM PUNCAK ALAM

PUNCAK ALAM, 13 Julai 2023 – Pada tanggal 12 Julai 2023, Fakulti Pendidikan telah berbesar hati menerima kunjungan deligasi daripada empat universiti dari Malang, Indonesia iaitu Universitas Islam Raden Rahmat (UNIRA), Universitas Nahdaltul Ulama Sidoarjo Institut Agama Islam (IAI) Tabah Lamongan dan Institut Agama Islam (IAI) Uluwiyah Mojokerto. Deligasi diketuai oleh Dr. Aris Munandar, Ketua Perhubungan Antarabangsa UNIRA bersama-sama dengan Dr. Saifuddin, Dekan Fakultas Ilmu Keislaman UNIRA; Dr. Alimul Muniroh, Rektor Institut Agama Islam (IAI) Tabah Lamongan; Dr. Nining Khurrotul Aini, Rektor Institut Agama Islam (IAI) Uluwiyah Mojokerto, Pn. Masyitah Noviyanti, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Universitas Nahdaltul Ulama Sidoarjo dan para pensyarah dari universiti di atas.

Antara lain, kunjungan deligasi ini membincangkan beberapa perkara untuk usahasama jangka pendek dan jangka panjang seperti pertukaran pelajar, penganjuran seminar dan konferensi, pertukaran pensyarah, ceramah atas talian, pemeriksa luar tesis dan lain-lain. Memorandum persefahaman di antara keempat-empat universiti dan UiTM sedang dalam proses semakan. Diharapkan dengan terjalinnya usahasama ini, kesemua institusi yang terlibat mendapat manfaat dari segi ilmu dan produktiviti dalam mencapai matlamat menjadi universiti ulung di peringkat global.