KOTA KINABALU, 27 Mac 2023 – Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) di Wisma Wanita Kota Kinabalu Sabah. Deligasi PEWANI UiTM Cawangan Sabah diketuai Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah Yang Berbahagia Datin Dg Noorizan Hj Bakrin dan disertai Timbalan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah Puan Nurul Huda Roslan, Setiausaha Puan Haslinah Kulin, Bendahari Puan Farzeliyana Guriman, Penolong Bendahari YM Tengku Zam Zam Tengku Yaccob, serta Exco Pendidikan Puan Herniza Roxanne Marcus dan Exco Kebajikan Puan Noreentan Zainih. Turut menyertai deligasi adalah Ahli Jawatankuasa Induk, Majlis Penasihat Wanita Sabah, Prof Madya Dr. Imelda Albert Gisip juga sebagai ahli PEWANI UiTM Cawangan Sabah.
Kunjungan Hormat Ke Pejabat JHEWA telah disambut dengan baik oleh Pengarah JHEWA Puan Haslina Ismail dan Ketua Bahagian JHEWA yang terdiri daripada Puan Nurfaezah Jaim, Puan Noor Intan Basar, Puan Nabila Ismail, Pian Siti Asurah Wata, dan Puan Dg Afifah Fatiah.
Sesi Kunjung Hormat ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara PEWANI UiTM Cawangan Sabah dan JHEWA, pengenalan fungsi dan aktiviti serta program kolaborasi yang akan dilaksanakan pada tahun 2023. Selain pertukaran idea dalam membangun dan memerkasa Wanita, pelbagai input dan aktiviti menarik yang dibincangkan untuk masa akan datang. Pihak PEWANI UiTM Cawangan Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada JHEWA di atas kesudian menerima kunjungan hormat dan menjalin kolaborasi. Pengarah JHEWA menyarankan agar semua agensi bekerjasama dan berkolaborasi serta hormat menghormati bak kata pepatah serumpun bak serai, sesusun bak sireh, bagi mencapai matlamat utama iaitu membangun dan memperkasa Wanita dipelbagai peringkat khususnya di Negeri Sabah.