Kampus Raub Pertama kali Membuka Kaunter Pengisian Borang Cukai Pendapatan

RAUB, 23 FEBRUARI 2023 – Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Pahang Kampus Raub dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuantan dan Cawangan Raub telah melancarkan Kaunter Pengisian Borang Cukai Pendapatan (e-Filing) bagi tahun taksiran 2022, bertempat di Bilik Bacaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Program ini telah bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.

Tiga pegawai dari LHDN Cawangan Kuantan dan Cawangan Raub telah dijemput sebagai fasilitator. Mereka terdiri daripada Encik Muhammad Sulaiman Md Noor Lamin (Timbalan Perkhidmatan Pelanggan, LHDN Raub) dan dua Eksekutif Hasil, Seksyen Khidmat Pelanggan, LHDN Kuantan iaitu Encik Mohamad Muslih bin Aling dan Cik Wan Yuhaniz binti Wan Jusoh. Pegawai ini turut dibantu oleh para pensyarah Fakulti Perakaunan yang diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad serta pensyarah-pensyarah yang lain yang terdiri dari Puan Noor Hasimah M. Yacob, Puan Nurul Afzan Najid, Puan Anis Barieyah Mat Bahari, Puan Norlinda Zainal Abdul, Cik Arina Nabilah Abd Latif, Cik Naqiah Awang dan Encik Azizi @ Hamizi Hashim.

Sambutan yang diterima untuk program kaunter e-filing ini adalah sederhana memandangkan ia diadakan buat pertama kalinya di Kampus Raub. Objektif program ini adalah untuk membantu komuniti setempat mengisi borang cukai pendapatan melalui sistem e-filing serta memberi khidmat nasihat mengenai percukaian khususnya untuk cukai pendapatan individu. Perkhidmatan yang diberikan adalah, membuka fail cukai pendapatan, menukar kata laluan, dan konsultansi pengisian borang e-filing. Di samping itu juga, masalah tersalah lapor juga dapat diselesaikan dengan khidmat nasihat yang diberikan oleh pihak LHDN.

Program ini telah membantu Fakulti Perakaunan memenuhi PI076 – Number of University Social Responsibility programmes (USR), PI078 -Total amount spent (from own funds) for Social Responsibility programmes (USR) and Knowledge Transfer Programmes (KTP) dan PI079 – Number of communities receiving/benefiting from the knowledge/technology diffusion projects. Program ini juga turut memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) untuk bidang Pendidikan Berkualiti bagi Sustainable Development Goal SDG4.