Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi UiTM ke Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor

 

8 Mac 2024 – Sekalung penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan hormat barisan Pengurusan Tertinggi UiTM yang diaturkan oleh UiTM Cawangan Selangor. Kunjungan hormat bertujuan membincangkan jalinan usahasama strategik di antara UiTM dan kerajaan negeri.

Kunjungan hormat di kediaman rasmi YAB Dato’ MB Selangor diketuai oleh YBhg. Datuk Dr Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM bersama YBhg. Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor iCAN, YBrs. Professor Ts. Sr Dr. Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar, YBrs. Cik Junita Jamaludin, Menjalankan Tugas-tugas Bendahari dan YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

 

 

 

Pelbagai perkara telah dibaincang semasa sesi kunjungan hormat itu, antaranya usaha UiTM merapatkan hubungan dengan kerajaan negeri bagi program-program TVET, ruang dan peluang kepada anak Negeri Selangor bagi program Pra-Diploma di UiTM dan kesediaan UiTM membantu kerajaan negeri dalam menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni. Semoga dengan pertemuan dan perbincangan yang diadakan ini dapat menjalinkan kerjasama yang utuh antara UiTM dan kerajaan negeri Selangor.

 

#UCSCemerlang