KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT 2, MARAN KE PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM UiTM CAWANGAN PAHANG

Ts Zulhafizal Othman , Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) UiTM Cawangan Pahang menerima kunjungan hormat dari delegasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 (SMKJP2), Maran pada 15 Jun 2023.

Delegasi SMKJP2 diketuai oleh Tuan Mohd Idris Chamingan – Pengetua hadir bersama dengan Cikgu Azahri bin Dol dan Cikgu Salehudin bin Mohd Rokani .
SMKJP2 dan PKA akan menjalinkan kerjasama untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar sekolah terutama pelajar SPM.

Di antara perancangan yang dirancang adalah Program Perkampungan SPM, Program Perkongsian Selangkah ke UiTM, Program Kepimpinan dan Program Pengenalan Kejuruteraan.

Di samping itu, kami juga mencadang untuk mengukuhkan hubungan ini dengan mengadakan pementeraian perjanjian jalinan bersama nanti.

Pensyarah PKA yang turut hadir bersama dalam perjumpaan ini adalah
1. Ts Dr Rohaya binti Alias, Koordinator Akademik PKA
2. En Mohd Risham bin Jaafar, Pensyarah Kanan
3. Puan Ainamardia binti Nazarudin, Pensyarah

Program ini mencapai SDG 4 : Pendidikan Berkualiti ( Quality Education) dan SDG 17 : Kerjasama Demi Matlamat ( Patnerships for the Goals )