KRT Taman Universiti UiTM Cawangan Bekerjasama Dengan Program Local Agenda 21 ( LA21)

YBrs. En Mohd Zahir Din – Pengerusi KRT Taman Universiti bersama-sama dengan ahli KRT menghadiri Majlis Perlaksanaan Program Local Agenda 21 (LA21) : Program Alam Sekitar Di Tasik Awam Bandar Jengka pada 31 Mei 2023.

Penubuhan Jawatankuasa Local Agenda 21 ( LA21 ) telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Putrajaya Bil. 6/2008 bertarikh 18 Disember 2008. Program Local Agenda 21 adalah merupakan satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan. Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Maran dan telah dirasmikan oleh YH Dato’ Sharuddin bin Jali selaku Pegawai Daerah Maran.

Pelbagai acara berkaitan penjagaan Alam Sekitar dilakukan secara bergotong royong seperti menanam pokok dan pembersihan sekitar tasik. Selain aktiviti ini, ikatan ukhwah di antara penduduk dan Majlis Daerah terjalin erat.

Pelbagai agensi yang dalam program ini iaitu daripada agensi kerajaan, agensi swasta dan orang perseorangan serta ahli KRT sekitar Bandar Jengka .

Ahli KRT Taman Universiti UiTM terdiri daripada kakitangan UiTM Cawangan Pahang dan keluarga mereka.

Laporan oleh Mohd Risham bin Jaafar , Biro Korporat KRT Taman Universiti UiTM Cawangan Pahang.