Pelajar daripada Kolej Felcra telah menjalani latihan amali AGR318 bertempat di makmal AE bertempat di UiTM Pahang Kampus Jengka selama dua hari bermula 28 sehingga 29 Januari 2023. Pensyarah sumber telah diamanahkan untuk membantu pelajar semasa proses pengajaran amali dilakukan. Objektif kolaboratif ini bertujuan untuk memperkukuh dan mengembangkan kerjasama akademik atas dasar persamaan dan faedah bersama antara Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bersama Kolej Felcra.
Pelajar didedahkan dengan pembelajaran teori asas seperti pengenalan Komponen Enjin dan sistem Elektrikal Enjin dan dibantu dengan penggunaan model engin untuk setiap sesi amali bagi menambah pengetahuan tentang subjek yang diajarkan. Matlamat dan hasil pembelajaran daripada program konsultasi ini amat menekankan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran insaniah (soft skill) untuk memenuhi kehendak pasaran global semasa dan selari dengan misi Kolej Felcra yang memartabatkan ilmu dan kualiti insan pada para pelajar.