“Kolaborasi Ilmu 2 : Membentuk Pemikiran Holistik Melalui Pendidikan dan Pembelajaran lintas-bidang

SERI ISKANDAR, 29 APRIL 2024 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif secara virtual telah berlangsung pada 29 April 2024 bagi kod subjek QSA202 Construction Technology III , Jabatan Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program yang telah mensasarkan kolaboratif bersama Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini telah dimulakan pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang yang dihadiri seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari Diploma Ukur Bahan.  Pengajaran kolaboratif adalah dari Model 2 iaitu dari Pensyarah dari Universiti Tempatan dan menggunapakai Model 2 iaitu kolaborasi dari segi kaedah penyampaian. Penyampaian yang diajar di dalam pengajaran kolaboratif ini adalah berfokus pada asas struktur bangunan ; Reinforced Concrete Frame dan pengiraan Structural Analysis bagi struktur Column,Beam dan Floor Slab.

Pengajaran dan pembelajaran Abad ke 21 menekankan empat perkara utama iaitu komunikasi, pemikiran kritikal, kolaborasi dan kreativiti. Pengajaran Kolaboratif yang juga dikenali sebagai team-teaching atau co-teaching, merujuk kepada pendekatan pengajaran yang melibatkan beberapa orang tenaga pengajar dalam kalangan pensyarah dan bersama menyampaikan ilmu untuk memudahcara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih pelajar bagi memperkasa pembelajaran kendiri pelajar. Asas pegajaran kolaboratif dizahirkan melalui of Scheme of Work, bilangan tenaga pengajar,  komunikasi yang baik dan toleransi serta tolak ansur.Pengajaran kolaboratif  ini telah mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan dari Jabatan Ukur Bahan dan Pensyarah Jemputan bagi membolehkan sesi penyampaian kolaboratif dilaksanakan sebaik mungkin mengikut prosedur.  Aspek yang ditekankan dalam pengajaran kolaboratif adalah pembelajaran berasaskan hasil pembelajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar, Flexibility – anywhere, anytime, anyhow, pendekatan kaedah penyampaian secara bersemuka setempat atau secara jarak jauh dan terbuka (Open Distance Learning (ODL). Di samping itu ,aspek lain adalah penggunaan Mod Pembelajaran Teradun dan mempunyai lebih dari satu tenaga pengajar iaitu mengajar dalam pasukan.

Aktiviti utama kolaborasi ini dilaksanakan dengan sesi pengenalan dari kepakaran  Jurutera Awam (Struktur) kepada Struktur Bangunan dan pendedahan pengiraan Live Load/ Imposed Load dan Dead Load ke arah penyediaan Civil & Structural Drawings oleh Pensyarah Jemputan  iaitu Dr Samera Samsuddin Sah, yang merupakan pakar bidang Kejuruteraan Awam dan dibantu bersama oleh Ts Dr Farrah Rina Mohd Roshdi Pensyarah UiTM dari bidang Ukur Bahan. Objektif penyampaian dan pembentangan menyentuh aspek asas struktur kepada pembinaan bangunan yang terdiri dari komponen Column, Beam dan Floor Slab. Di samping itu, pengiraan yang menjadi asas untuk pengetahuan pelajar Diploma Ukur Bahan Semester 3 adalah pengiraan Singly Reinforced Beam, One Way Slab dan Short Braced Column.  Susulan daripada taklimat dan demonstrasi dari kedua-dua pensyarah, pelajar diminta untuk melakukan aktiviti pengiraan bersama di dalam kelas melalui Equation bagi ketiga-tiga Komponen/ Elemen Structural Analysis . Di samping itu, pelajar juga diminta untuk memberi respon kepada Pensyarah Jemputan di dalam aktiviti yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan pengiraan yang telah diajari diikuti dan di dalam masa yang sama para pelajar dapat memahami  aspek penting di dalam kerja pengenalan struktur bangunan, kepentingan pengiraan Structural Analysis oleh Jurutera Awam yang menjadi Structural Drawings bagi tujuan measurement untuk penyediaan Bills of Quantities oleh Jurukur Bahan.

Program ini telah mencapai sinergi kepakaran, mentor-mentee antara pensyarah, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos , keperluan fasiliti dan perkongsian antara pensyarah. Untuk jangka masa panjang, kebaikan pengajaran kolaboratif ini juga merangkumi pengajaran kolaboratif antara university tempatan dengan memberi peluang kepada pelajar daripada kampus yang berbeza atau universiti yang berbeza melalui pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Di samping itu, memberi peluang kepada pensyarah untuk Inovasi di dalam Pengajaran dan Pembelajaran.