Kolaborasi ICAN UiTM dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam Memperkasakan Dunia STEM


PUNCAK ALAM, 17 NOVEMBER 2022 – Majlis Perasmian dan Penutupan XCELL Koakademik STEM dan Majlis Apresiasi Koakedemik STEM Negeri Selangor 2022 telah berlangsung dengan sempurna pada 17 November 2022, di Dewan Berlian, UiTM Kampus Puncak Alam. Pejabat Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM diberi peluang untuk berkolaborasi sekali lagi bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam penganjuran majlis pada hari ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Yasmin Kamarudin, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan dihadiri oleh Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM, Profesor Madya Sr Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) dan Puan Siti Dewai Marsitah Ismail, A.M.N , Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan utama program ini adalah untuk meraikan pemenang-pemenang karnival STEM yang telah dianjurkan pada pada tahun ini serta memberi pendedahan dan menarik minat pelajar mengenai perkembangan teknologi terkini berkaitan bidang STEM. Ini adalah sejajar dengan matlamat Pendidikan STEM untuk melahirkan pelajar yang mempunyai literasi STEM yang berupaya mengenalpasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep / komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.

Menurut Timbalan Naib Canselor ICAN “Generasi muda hari ini merupakan pelapis utama negara yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan modal insan Sains Teknologi dan Inovasi (STI) yang mencukupi dan berkemahiran tinggi untuk memacu pembangunan negara dalam mendepani dunia Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Oleh itu, pendedahan dan usaha semua pihak dalam meningkatkan minat ke arah pendidikan STEM adalah penting dalam penghasilan modal insan yang berkualiti tinggi”.

Terdapat hampir 30 pameran yang terlibat di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam, bertujuan untuk memupuk kesedaran pelajar-pelajar terhadap kepentingan Pendidikan STEM. Antara institusi dan organisasi yang hadir ke program adalah seperti Kizzu Holdings Sdn. Bhd., Innovationlab UiTM, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Biomechanical & Clinical Engineering (BioMec) Research Group, UiTM Ecophoton Solar Racing Team, Hara Makers dan lain-lain.

Kerjasama Pejabat ICAN, UiTM dalam menyokong program seperti ini diharap dapat memaksimumkan inisiatif universiti untuk memperkukuh, mempromosi dan membangun berdasarkan konsep 3 Degrees of Separation : Akademik – Industri – Komuniti. Penglibatan semua pihak yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik, pelajar, alumni dan rakan industri amat signifikan bagi meningkatkan lagi visibiliti dalam usaha UiTM ke arah Global Renowned University 2025.

Turut hadir dalam program ini adalah barisan pengurusan tertinggi Pejabat ICAN, Pengarah Pusat Jaringan Industri (INC) , Profesor Dr Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Profesor Madya Dr Mahadir Ladisma, Ketua Pusat Jaringan Komuniti, Dr Sukreen Hana, Pengarah Pusat Jaringan Alumni (ANC), Profesor Madya Datin Sri Dr Nazura Sayuti, Ketua Pusat Komunikasi ICAN, Dr Neesa Ameera Mohamed Salim, Ketua Penjenamaan dan Media Strategi, Ts. Pn Nik Norazidah, Penolong Pendaftar INC, Puan Umi Kazura Zakaria, Pengetua SMK Seksyen 18 , Encik Kamali bin Murid, Ketua Penolong Pengarah Unit Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Puan Anita binti Parlan, Penolong Pengarah Unit Sains dan Matematik, Penyelaras STEM Negeri, Encik Kamarul Rizal Sahrin bin Abdul Karim, Penyelaras STEM Daerah, PPD Petaling Perdana, Naib Pengerusi PIBG SMK Seksyen 18, Encik Ahmad Idzwan bin Ramli, dan Pengerusi Biro Kurikulum PIBG SMK Seksyen 18.