Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu program “Klinik Kecemerlangan Akademik FPA Plant Science (AGR122)”. Program ini merupakan program berkala yang dilaksanakan pada setiap semester perdana bagi pelajar semester 1 Diploma Pengurusan Perladangan (AT110). Program ini telah mendapat kelulusan daripada Hal Ehwal Akdemik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Program ini telah diadakan pada 12 Januari 2023 (Jumaat) secara atas talian di Google Meet. Dr Neni Kartini Che Mohd Ramli telah dijemput sebagai penceramah program selaku Lecturer in Charge (LIC) dan salah seorang daripada penyedia soalan peperiksaan akhir bagi kod kursus berkenaan. Program ini dirancang untuk meningkatkan prestasi peperiksaan akhir semester bagi menggalak serta membimbing pelajar terutamanya dari aspek akademik agar dapat mencapai prestasi akademik yang cemerlang, dapat membincangkan langkah-langkah menghadapi peperiksaan dengan bijak, membina keyakinan diri pelajar dalam menjawab soalan-soalan AGR122 serta membantu pelajar supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan sebenar ketika peperiksaan.
Seramai 79 orang pelajar yang mengambil kursus AGR122 telah menyertai program tersebut. Maklumbalas program menunjukkan komen positif dan pelajar berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Program ini diharapkan dapat memantapkan dan menyediakan pelajar dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam subjek Plant Science (AGR122) khususnya.