Meningkatkan Pemahaman Pelajar Agronomi dalam subjek Kimia dan Fizik

Pada 15 Januari 2024 yang lalu Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Kampus Jasin telah berjaya menganjurkan satu program pemantapan kefahaman pelajar yang mengambil  subjek General Chemistry (CHM400) dan Physics for Non Majors (PHY 400) bagi  program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Agronomi).

Program yang berlangsung selama tiga jam ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman konsep dan teori bagi subjek kimia dan fizik, sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir dan penilaian akhir. Disamping itu juga, pelajar didedahkan dengan konsep kimia dan fizik yang boleh digunalakan dalam bidang agromoni.

Dr. Mohd Zuli dan Prof. Madya Dr. Nur Jannah pensyarah Fakulti Sains Gunaan (FSG) yang mengajar subjek CHM420 dan PHY 400 merangkap fasilitator telah mengendalikan program ini secara interaktif bersama pelajar. Mereka juga telah memberikan maklum balas yang amat positif mengenai program ini, dan berpendapat program ini  sebagai salah satu usaha penting dalam membantu pelajar menguasai subjek kimia dan fizik secara menyeluruh. Pengisian program ini adalah holistik, yang tidak dapat diperoleh oleh pelajar semasa di dalam kelas. Umum mengetahui kedua subjek ini memerlukan kemahiran pengiraan dan berfikir aras tingg., Justeru itu, program ini membantu pelajar mendalami dan menguasai kemahiran tersebut melalui aktiviti  kerja berkumpulan, pembentangan tugasan, dan sesi perkongsian tips dan strategi menjawab soalan.

Maklumbalas yang positif daripada para fasilitator dan pelajar menjadi kayu ukur bahawa program seperti ini telah memberikan impak yang bererti terhadap perkembangan akademik dan peribadi para pelajar. Ini merupakan langkah positif dalam memastikan kejayaan pelajar dalam subjek kimia dan fizik serta pembangunan kemahiran mereka untuk masa depan.