Keterlibatan Pelajar Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Dalam Pelaksanaan STEM Pelajar Sekolah Melalui ‘EngineerXplorer Challenge’ Dibawah Inisiatif SULAM KPT

Pada 10 Jun 2023 yang lalu, seramai 112 orang pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) telah menyertai program “EngineerXplorer Challenge” yang dikendalikan oleh 10 orang pelajar UiTM Shah Alam daripada Kolej Pengajian Kejuruteraan (Pengajian Kejuruteraan Kimia) atas bimbingan Penasihat Program iaitu Ir. Normadyzah binti Ahmad serta diiringi oleh Ir. Dr. Ashraf bin Azmi dan Ir. Dr. Iylia Binti Idris. Program ini merupakan tugasan projek matapelajaran Leadership and Professional Ethics for Engineers yang perlu disempurnakan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia semester 6 UiTM Shah Alam. Program Service-Learning Malaysia – Universiti For Society (SULAM) ini diwujudkan atas inisiatif agar pelajar tidak tertakluk hanya kepada akademik sahaja. Program ini berlangsung di Dewan Hamka Al Kubra, INTEJ bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5.00 petang.

Tujuan umum program SULAM ini dilaksanakan adalah berdasarkan inisiatif dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilancarkan pada tahun 2019 untuk menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti. Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman dalam menghubungkait teori dan praktis serta penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti. Secara khususnya pula, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melatih pelajar mengaitkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kehidupan seharian. Turut menghadiri program berkenaan adalah En. Mohd Saifunizam bin Zakaria (Penolong Kanan Pentadbiran INTEJ), Pn. Norlida binti Baharudin (Guru Penyelaras Batch Eximious INTEJ) dan Pn. Norazuin binti Borhanuddin (Guru Kaunselor INTEJ).

Pelbagai aktiviti berkumpulan menarik telah dijalankan seperti “explorace” yang melibatkan elemen STEM. Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan dan stesen aktiviti juga dibahagi kepada 8 stesen. Setiap stesen mengandungi tajuk kecil sains tersendiri dan pelajar dikehendaki untuk menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran asas dilaksanakan diawal program. Tajuk-tajuk yang disentuh hanyalah tajuk yang berkaitan dengan setiap stesen “explorace”. Antara tajuk yang disentuh ialah Daya Apungan mengenai Prinsip Archimedes dimana pelajar perlu membuat kapal menggunakan kertas untuk menampung guli sebanyak 20 biji. Untuk ke stesen seterusnya, pelajar harus menjawab soalan berkaitan Daya Apungan terlebih dahulu bagi memperolehi klu seterusnya. Aktiviti “explorace” tamat hanya selepas kesemua lapan kumpulan telah selesai mengharungi kelapan-lapan stesen.

Aktiviti-aktiviti lain termasuklah penciptaan sistem penapis air dan inovasi pembinaan jambatan daripada penyedut minuman plastik. Kesemua aktiviti tersebut telah mengaplikasikan pengetahuan STEM serta memupuk semangat berpasukan oleh pelajar sekolah dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi secara meluas, disamping memberi peluang kepada pelajar-pelajar UiTM untuk mempelajari cara mengendalikan program terutamanya dalam kemahiran berkomunikasi sekaligus dapat menyumbang bakti kepada masyarakat sekeliling terutamanya pelajar sekolah kerana mereka merupakan golongan yang perlu dibentuk.

Penganjur: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia Sem. 6 Kelas EH2206C

Tarikh: 10 Jun 2023

Tempat: Dewan Hamka Al Kubra, INTEJ

Penashihat Program: Ir. Normadyzah binti Ahmad

Pensyarah Pengiring: Ir. Dr. Ashraf bin Azmi dan Ir. Dr. Iylia binti Idris

Guru-guru daripada SBPI Jempol yang terlibat:

  1. En Mohd Saifunizam bin Zakaria (Penolong Kanan Pentadbiran)
  2. Pn Norlida binti Baharudin (Guru Penyelaras Batch Eximious)
  3. Pn Norazuin bt Borhanuddin (Guru Kaunselor)

Pengarah Program: Tengku Fiza binti Tengku Mohd Muzani

Timbalan Pengarah: Al Hussin Bin Al Hameefatul Jamaliyatul

Setiausaha: Nur Haziqah Binti Zulkifli

Biro Aktiviti: Muhammad ‘Irfan Khumaini Bin Kamaruhisam

Biro Protokol: Luqman Hakim Bin Joharuddin

Biro Logistik: Muhammad Zahrul Syafix Bin Abdul Wahid

Biro Hadiah: Batrisyia Ain Nadhira Binti Mohd Arif

Biro Multimedia: Anis Syahirah Binti Izani

Biro Makanan dan Pengangkutan: Nurul Hidayah Binti Salleh