Kerjasama LHDN dan UiTM – Taklimat Cukai dan Kaunter e-Filling

TEMERLOH, 9 Februari 2023 – Seramai enam orang pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang (PPP UCPh) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad telah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Temerloh bagi membincangkan berkenaan program kaunter e-filling dan taklimat cukai yang akan diadakan di UiTM Cawangan Pahang (UCPh) Kampus Jengka dan Raub pada sekitar bulan Mac 2023. En.Muhamad Assif Abdullah sebagai “Deputy Customer Care Officer 2” wakil dari LHDN telah mengetuai perbincangan tersebut dan perbincangan berlangsung lebih kurang dua jam.

Antara intipati perbincangan tersebut adalah berkenaan kesesuaian tarikh untuk mengadakan program taklimat cukai dan kaunter e-filling. Pihak LHDN bersetuju untuk mempertimbangkan tarikh yang dicadangkan oleh pihak PPP UCPh. Pihak PPP UCPh juga mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk program taklimat percukaian yang akan diadakan. En. Muhamad Assif juga telah memaklumkan bahawa setiap program yang dijalankan mestilah mencapai sekurang-kurangnya 70% peserta yang memberikan maklum balas berpuas hati.

Seterusnya, perbincangan menjurus pula mengenai beberapa isu berkaitan percukaian di Malaysia diadakan. En.Muhamad Assif berkongsi maklumat baru mengenai perlaksanaan percukaian pada tahun 2023, antaranya, penggunaan “Artificial Intelligence” dalam mengenalpasti identiti pembayar cukai, sistem bagi pembayar cukai yang baru, dan program-program yang dijalankan oleh LHDN berkolaborasi dengan komuniti.

Melalui program yang bakal diadakan ini, PPP UCPh bakal memenuhi memenuhi PI078 – Total amount spent (from own funds) for USR and KTP programmes, PI079 – Number of communities receiving/benefiting from the knowledge/technology diffusion projects dan PI080 – Number of alumni expert service programme.

Selain daripada itu salah satu program yang bakal diadakan ini juga bakal menepati Matlamat Pembangunan Lestari yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-4, iaitu SDG 4: Pendidikan Berkualiti. Berdasarkan pelan strategik universiti, program seumpama ini dapat mengukuhkan misi jangka panjang dan sederhana UiTM agar berperanan lebih proaktif dalam membudayakan nilai teras SDG tanpa membataskan peranannya hanya sebagai pusat penyebaran ilmu.

LHDN terus komited dalam menjalankan kolaborasi untuk program Kaunter e-filing dengan UCPh Kampus Jengka dan seterusnya mengembangkan program ini di UCPh Kampus Raub. Program seperti ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran sebagai pembayar cukai dalam kalangan staf UCPh. Selain daripada itu PPP UCPh berharap program taklimat cukai yang dibuka untuk masyarat umum mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat luar umumnya dan warga UiTM seMalaysia khususnya. Semoga jalinan industri antara UiTM dan LHDN akan berterusan pada masa akan datang.