Kempen Kenali InQKA: Unit Sistem Kualiti Dan Kecemerlangan Operasi (SKKO)

Unit Sistem Pengurusan Kualiti ditubuhkan di UiTM untuk memastikan pengekalan standard dan pelaksanaan proses kerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2016, Kecemerlangan Operasi mula diperkenalkan sebagai salah satu Projek Keutamaan Naib Canselor. Seiring dengan keperluan standard ISO 9001, inisiatif ini diletakkan di bawah InQKA dan Unit Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi (SKKO) mula diperkenalkan.

SKKO bertanggungjawab melaksanakan proses pengauditan dan pensijilan ISO 9001. Di samping itu, SKKO juga mendokong keperluan UiTM sebagai universiti berstatus swaakreditasi dengan melaksanakan audit institusi yang melibatkan semua PTJ akademik.

Sebagai sebuah unit yang menitikberatkan jaminan kualiti dan keperluan untuk memenuhi standard, SKKO secara berterusan memberikan latihan dan pendedahan kepada semua warga untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek pengurusan kualiti di UiTM.

Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kompetensi staf untuk bersama-sama memelihara dan meningkatkan kualiti universiti.