Kempen Kenali InQKA: Kenali Unit Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 untuk menyelesaikan masalah kerja dan menambahbaik sistem kerja jabatan serta memberi peluang kepada warga UiTM menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan KMK dalam dan luar negara dalam penyelesaian masalah UiTM, KMK telah dijenamakan sebagai Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) mulai 2008 sebagai salah satu alat pengurusan KAIZEN di UiTM.

Unit Inovasi dan Kreativiti ini berperanan dalam menguruskan pembudayaan inovasi dan kreativiti di UiTM menerusi aktiviti-aktiviti KIK berasaskan Garis Panduan Pelaksanaan KIK UiTM 3.1.

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2016, “Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif” telah dijadikan asas rujukan utama bagi memantapkan pembudayaan inovasi dan kreativiti warga UiTM.

Garis panduan pelaksanaan ini memberi tumpuan kepada penciptaan dan penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan Malaysia.