Kempen Derma Darah Jasmine

Program “Kempen Derma Darah Jasmine” telah diadakan pada 2 julai 2022 yang bertempat di Bilik Seminar Kolej Jasmine. Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Secara tidak langsung ianya dapat memberikan kesedaran kepada pelajar terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekaligus dapat membantu mengurangkan kekurangan bekalan darah di hospital.

Menurut Ketua program ini iaitu Saudari Fareha, pelajar dapat memperoleh pendedahan mengenai kepentingan menderma darah dan kelebihannya. Selain daripada itu, kelebihan menderma darah juga dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan.