Fiesta Keusahawanan Koperasi Dan Hari Keusahawanan Jpk Jasmine

Program “Fiesta Keusahawanan Koperasi dan Hari Keusahawanan JPK Jasmine” adalah satu proram yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine bersama Kakitangan Koperasi UiTM Berhad. Program ini telah berlangsung pada 20 Jun sehingga 23 Jun 2022 yang bertempat di perkarangan Blok J1 dan J2. Program dengan berobjektifkan tarikan ini adalah untuk membantu para pelajar menghilangkan serba sedikit tekanan.

Terdapat pelbagai aktiviti Fiesta yang diadakan seperti tapak penjualan makanan, program open mic, wayang pacak dan banyak lagi. Tambahan pula, program seperti ini telah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik dari semua pengunjung terutamanya pelajar dari UiTM Kampus Puncak Perdana ini sendiri. Menurut ketua program Saudari Fareha, program ini telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang dan telah mencapai objektif yang diharapkan.

Diharapkan daripada program-program seperti ini agar dapat mendorong dan memberikan pelajar manfaat selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.