Kejohanan Bola Tampar Terbuka UiTM Cawangan Kedah

Kejohanan Bola Tampar Terbuka UiTM Cawangan Kedah yang dianjurkan oleh Kelab Bola Tampar dengan kerjasama Unit Sukan, UiTM Cawangan Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 23 dan 24 Jun 2023. Kejohanan ini telah menjadi platform penting untuk memperkenalkan dan mempromosikan sukan bola tampar di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya di zon utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang).

Dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan dari kategori lelaki dan wanita, kejohanan ini berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memberikan peluang kepada para pelajar untuk menceburi dalam kompetitif pertandingan sukan bola tampar, memupuk semangat kebersamaan, dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka. Para peserta telah bertanding dengan semangat yang tinggi, menunjukkan komitmen mereka terhadap sukan ini.

Kejohanan ini juga bertujuan untuk mempromosikan persaingan yang sihat antara pasukan pelajar IPTA dan pasukan kelab tempatan. Dengan melibatkan pelajar dari berbagai institusi seperti Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan UiTM, kejohanan ini memberikan peluang kepada pasukan dan atlet bola tampar IPTA untuk berhadapan secara langsung dan menunjukkan kemahiran mereka. Setiap pasukan telah memberikan persembahan yang hebat, mempamerkan teknik dan strategi terbaik mereka.

Melibatkan pelajar dan IPTA juga memberi kesan positif dalam meningkatkan kesedaran dan sokongan agensi kerajaan terhadap sukan bola tampar. Dengan penyertaan agensi kerajaan seperti Polis dan pasukan guru dapat melihat pentingnya sokongan terhadap sukan bola tampar. Ini juga memberikan peluang untuk mengembangkan lebih banyak program dan inisiatif sukan di masa depan, dengan harapan sukan ini akan terus berkembang.

Majlis perasmian kejohanan ini disempurnakan oleh Timbalan Rektor HEP, Dr Nor Azlina Md. Yusof. Pertandingan dikendalikan oleh 6 orang pengadil bola tampar bertauliah, yang memastikan kesaksamaan dan keadilan dalam setiap perlawanan.

Setelah pertandingan yang sengit dalam kedua-dua kategori, pasukan Unimap menunjukkan keunggulan mereka dengan memenangi gelaran juara dalam kategori lelaki dan wanita. Pasukan UUM menunjukkan prestasi yang hebat sebagai naib johan dalam kedua-dua kategori tersebut. SPVC berjaya merebut tempat ketiga dalam kategori lelaki, manakala pasukan UiTM Kedah menempati tempat keempat. Dalam kategori wanita, pasukan USM berjaya meraih tempat naib johan, manakala pasukan Kelab Guru Bola Tampar di tempat keempat.

 

Kejohanan Bola Tampar Terbuka UiTM Cawangan Kedah ini telah mencapai matlamatnya dengan memberikan peluang kepada pelajar IPTA untuk berkompetisi dalam sukan bola tampar, sambil mempromosikan semangat kebersamaan dan kecergasan fizikal. Diharapkan kejohanan ini akan terus dianjurkan pada masa depan dengan lebih banyak penyertaan dan sokongan, bagi mendorong perkembangan sukan bola tampar di negara ini.