Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation an Technology Exposition On Occasion of Thailand Inventors’ Day 2020 adalah sebuah pertandingan peringkat antarabangsa yang telah dilaksanakan pada 2-6 Februari 2020 di Bangkok.
Pertandingan ini berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Thailand. Pertandingan ini melibatkan beberapa sekolah diperingkat antarabangsa dan merupakan acara tahunan di Thailand. Negara negara yang menyertai pertandingan ini termasuklah Poland, Iran, Korea, Jepun, Thailand, Indonesia, Kanada, Filipina, Vietnam, Arab Saudi, Laos, Hong Kong dan China.
Jumlah penyertaan adalah sebanyak 2000 pasukan. Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman (SKKI) dari Klang telah berjaya mendapat “Gold medal” dan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya meraih “Special Award – International I-New Gen Award” pada pertandingan tersebut.
Projek inovasi yang bertajuk “Mint Guava Leaf in Pineapple Fibre Sachet” ini adalah idea asal para guru sekolah tersebut yang diketuai oleh Cikgu Daniel Heryanto. Projek inovasi ini telah mendapat kerjasama dari beberapa agensi seperti MARDI dan lain lain.
Pensyarah FKA iaitu Dr Marfiah Ab.Wahid adalah mentor kepada projek inovasi ini. SKKI merupakan sekolah angkat FKA semenjak 2015 dan banyak program STEM dan inovasi telah dilaksanakan bersama-sama para guru dan pelajar sekolah tersebut. Ini adalah pencapaian kedua selepas IYIA 2019 di Jakarta ,Indonesia yang turut menggondol “gold award“.
Usahasama berterusan ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dan memupuk minat pelajar dari peringkat rendah untuk subjek STEM. Projek ini juga telah mendapat sokongan penuh dari gurubesar sekolah Cikgu Hamidi bin Shariff dan PIBG sekolah tersebut.
Maklumat mengenai penganjuran:
- Penganjur: National Research Council of Thailand
- Kerjasama: SKKI, KPM, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Tarikh: 2/2/2020- 2/6/2020
- Tempat: Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Thailand.
- Bahagian: ICAEN
- Kategori: Pertandingan, Anugerah, Sukarelawan/Kemasyarakatan
- Peringkat : Luar Negara (Thailand)
- Peserta: 6 staf
- Perasmi: Professor Dr Sirirurg Songsivilai (Exceutive Director National Research Council Thailand)
- Pencapaian sebelum: Memenangi gold medal award di IYIA2019 Jakarta
- Pencapaian selepas: Memenangi Gold Medal Award dan Special Award di Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX)
Oleh: Dr Marfiah Ab. Wahid