‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik

‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik

5 Mac 2020 – Persatuan Pelajar Pemakanan Dan Dietetik (NADA) , bahagian Exco Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi buat pertama kalinya menganjurkan program ‘NADA GOT TALENT’. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dietetik untuk menunjukkan bakat yang terpendam di dalam diri mereka sekaligus memberi platform kepada para pelajar untuk menonjolkan diri mereka dalam bidang lain, selain daripada bidang akademik dan sukan.

Sebanyak 9 penyertaan dari pelajar semester 2, semester 4 dan semester 6 telah diterima dan dipertontonkan kepada hadirin yang terdiri daripada pelajar, staf dan pensyarah dietetik. Bermula dengan nyanyian dalam pelbagai bahasa, tarian dari pelbagai genre hingga ke pengucapan awam, kreativiti para pelajar NADA dapat dilihat dengan jelas dari cara mereka menunjukkan bakat masing-masing di atas pentas.

Terdapat 4 anugerah yang diberikan, iaitu Anugerah Juara Tarian, Anugerah Juara Nyanyian, Anugerah Khas Juri dan Anugerah Terbaik Kesuluruhan Persembahan. Setelah kesemua aspek dinilai oleh juri, pemenang Anugerah Terbaik Kesuluruhan Persembahan jatuh kepada duet Khairul Nikman Bin Otah Gima dan Sharifah Nurhuzira Binti Syed Azhar yang membawakan lagu bertajuk Shallow daripada filem antarabangsa ‘A Star Is Born’ dan Before You Go nyanyian Lewis Capaldi.

Majlis ditutup dengan persembahan terakhir dari kesemua pemenang anugerah dan sesi fotografi.

Foto berkaitan:

‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik ‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik ‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik ‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik ‘A star is born’: ‘NADA got talent’ cungkil bakat pelajar pemakanan dan dietetik