Kejayaan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi di IPITEX 2023 sempena Thailand Inventors’ Day 2023

Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition on occasion of Thailand Inventors’ Day 2023 adalah sebuah pameran pertandingan di peringkat antarabangsa yang telah dilaksanakan pada 2-6 Februari 2023 di Bangkok, Thailand.

Pertandingan ini berlangsung di Event Hall 100-102, Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Bangkok, Thailand. Pertandingan ini merupakan acara tahunan di Thailand di bawah anjuran Majlis Penyelidikan Kebangsaan Thailand (NRCT).Wakil pasukan dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah berjaya mendapat “Gold medal” dan berjaya meraih “Special Award – Leading Innovation Award” dari Association of British Inventors and Innovators, United Kingdom (UK) pada pertandingan tersebut.

 

Projek inovasi yang bertajuk “Online Learning System with Authentication and Indentification Mechanism Using Neuro-Fuzzy Algorithm Version 2 ” ini adalah idea asal ketua pasukan, iaitu Ts. Dr. Siti Fairuz Nurr binti Sadikan. Projek inovasi ini merupakan gabungan kolaborasi antara rakan penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknikal Melaka dan Universitas Putera Batam, Indonesia.

Pameran anjuran Majlis Penyelidikan Kebangsaan Thailand (NRCT) ini disertai lebih 25 buah negara itu dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Prof. Anek Laothamatas. Antara negara yang menyertai selain tuan rumah dan Malaysia adalah Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Filipina, Poland, Kanada, Laos, Romania, Arab Saudi, Jepun dan Rusia.