Alat Bantuan OKU EVIEW di Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah

Kedah, 3 Mac 2024 – Perpustakan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menerima Lawatan Mesra YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin bersama ahli Pengurusan Tinggi UiTM Cawangan Kedah.  Lawatan ini ditutup dengan kunjungan ke perpustakaan yang sentiasa menjadi lokasi yang wajib disinggah bagi pelawat luar.

Inovasi Alat Bantuan OKU EVIEW telah menarik perhatian YBhg. Datuk VC hingga sesi perkongsian peralatan disambut baik serta mendapat pandangan dan perkongsian yang sangat positif dari Ybhg. Datuk VC sendiri tentang OKU disleksia.  Perkongsian ini sedikit sebanyak membantu staf perpustakaan yang berurusan dengan pelajar atau pengguna kategori tersebut.

Projek EVIEW telah membawakan Kumpulan ILHAM layak ke peringkat finalis kecemerlangan operasi 2022.  Pada 20 Disember 2023 Perpustakaan Sultan Badlishah telah diumumkan menjuarai Anugerah Keseluruhan Operational Excellence 2022 serta Johan Kategori Pentadbiran & Kewangan Operational Excellence 2022.  Kejayaan ini bukan sahaja menjadi satu catatan yang manis buat Perpustakaan Sultan Badlishah malah kepada UiTM Cawangan Kedah yang juga  merupakan julung-julung kalinya menjadi finalis OE serta menjadi Juara Keseluruhan.

Seluruh warga Perpustakaan Sultan Badlishah amat berbesar hati dan mengucapkkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih atas lawatan mesra ini dan semoga ianya menjadi dorongan kepada kakitangan UiTM Cawangan Kedah keseluruhannya agar dapat menambahbaik lagi perkhidmatan kepada golongan kelainan upaya di kampus ini.