Collaborative Teaching CPPR 301: Plant Diseases bersama University (ABU), Zaria-Nigeria

Satu sesi Collaborative Teaching bagi kod kursus CPPR 301: Plant Diseases bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada Ahmadu Bello University (ABU), Zaria-Nigeria telah diadakan pada 23 Januari 2024 jam 7.00 malam (waktu Malaysia) dan 12.00 tengah hari (waktu Nigeria). Program ini telah berjaya mencapai PI032 dan PI084.

Sesi ini merupakan hasil initiatif kerjasama antara UiTM Cawangan Pahang (UCPh) dan ABU hasil daripada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan ABU yang telah termeterai  pada 11 September 2023  melalui Zoom Meeting tahun lalu.

 

Pada sesi pembelajaran selama 1 jam ini, dua orang penceramah daripada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UCPh iaitu Dr Neni Kartini Che Mohd Ramli (Pensyarah Kanan) dan Cik Nurulatika Minhad (Pensyarah) telah dijemput oleh pihak Fakulti ABU bagi membuat perkongsian kepada pelajar mereka yang terdiri daripada pelajar semester 3 Bachelor of Agriculture daripada Faculty of Agriculture, ABU. Sesi ini turut dihadiri oleh 50 orang pelajar FPA UCPh. Program ini telah berjaya mencapai PI032 dan PI084.

Hasil kesinambungan dariapda kerjasama dua hala ini, pihak FPA UCPh pula akan menjemput pihak ABU bagi mengadakan program Collaborative Teaching AGR244: Pest Management bagi pelajar semester 4 pada sesi Mac-Julai 2024. Diharapkan semoga kedua-dua pihak mendapat manfaat hasil daripada kerjasama yang terjalin melalui MoU.