Program Perpindahan Ilmu anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah

18 Januari 2024 – “Knowledge Sharing Whithin Industry: Basic Writing With Reference Tools” anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah dengan Kerjasama Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Darulaman telah berlangsung di Pusat Sumber, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman pada 18 Januari 2024 dan dirasmikan oleh Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman iaitu Ustaz Idham Khalil Bin Shuib.

 

Program ini berjalan dengan cetusan idea UiTM Cawangan Kedah serta penglibatan kakitangan Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman terhadap objektif utama iaitu perkongsian serta kepentingan perpindahan ilmu berkenaan pencarian maklumat dan penulisan. Sesi diisi dengan taklimat dari Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah berkenaan pencarian bahan, manfaat menggunakan bahan rujukan yang berimpak serta alat tersedia melalui perpustakaan yang mampu membantu komuniti terhadap perkembangan akademik.

Perjalanan program berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dengan hasil semasa program dilaksanakan  sepertimana yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir.

Dengan penganjuran program seumpama ini pada masa akan datang, diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat terhadap kepentingan pengetahuan pencarian bahan serta pengurusan bahan akademik.

Penganjuran ini juga sebenarnya telah memberi peluang kepada kakitangan UiTM menjalankan khidmat perpindahan ilmu mengikut keperluan kumpulan atau bidang keperluan komuniti tertentu.