Petikan dari sumber berita Sinar Harian, “Inisiatif ‘Cashless Payment’ ini adalah selaras dengan Aspirasi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau MyDigital yang menggariskan pelbagai strategi untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital yang berdaya saing termasuklah transformasi kepada ‘cashless society’ (komuniti tanpa tunai)’. Usaha mendigitalisasikan perkhidmatan pelaksanaan pembayaran secara dalam talian seharusnya seiring dengan zaman berteknologi.
Cashless Payment memberikan manfaat dengan cara mengalakkan tabiat e-pembayaran di kalangan warga UiTM serta memudahkan urusan tanpa penggunaan wang tunai. UiTM secara amnya menguatkuasakan penggunaan e-pembayaran bagi mengorak langkah ke arah kampus digital. Oleh demikian, dengan adanya pengoperasian secara e-pembayaran ini, ianya dapat merealisasikan dan menyokong ke arah komuniti tanpa tunai.
Oleh itu, UiTM Cawangan Pahang mengambil inisiatif dalam meningkatkan operasi e-pembayaran dengan mengalakkan para peniaga di Pasar Rabu menerima e-pembayaran 100 peratus tanpa tunai. Rektor UiTM Cawangan Pahang, YBhg. PROF. Ts. DR. Mohd Ilham Bin Adenan telah membuat lawatan ke ruang niaga Pasar Rabu UiTM Cawangan Pahang diiringi oleh Timbalan Pendaftar, bagi meninjau pengoperasian jualan makanan dan minuman oleh penggerai. Di kesempatan ini juga, maklum balas dari pelanggan yang terdiri daripada warga UiTM CPh terutamanya dikalangan para mahasiswa/i juga telah diterima bagi tujuan penambahbaikkan perkhidmatan serta meningkatkan kualiti jualan.