Farewell Party 2022

UiTM Kampus Puncak Alam, 1 November 2022: Pelajar Nursing Student Association (NUSA) Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah berjaya melaksanakan program Farewell Party 2022 secara bersemuka di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam. Program ini melibatkan pensyarah, klinikal instructor pusat kejururawatan, pelajar Master, pelajar ePJJ, pelajar semester 8 dan semua pelajar sepenuh masa Kejururawatan (Kepujian).

Program ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi peluang kepada pensyarah, klinikal instruktor dan pelajar-pelajar kejururawatan untuk berkongsi saat terakhir bersama pelajar kejururawatan yang telah menamatkan sesi pembelajaran. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pensyarah, klinikal instruktor dan juga sesama pelajar kejururawatan yang lain.

Seterusnya, program seperti ini juga memberi peluang kepada pelajar kejururawatan yang telah menamatkan sesi pembelajaran untuk meluahkan rasa berterima kasih dan bersyukur kepada pensyarah dan klinikal instruktor yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Program seperti ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar kejururawatan semester akhir dan seterusnya memberi semangat kepada pelajar yang lain untuk terus berusaha sehingga tamat sesi pembelajaran.