Pada 16 hingga 20 Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna PFI dan Kawasaan Sekitar UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, telah dijalankan satu Program Karnival Kerjaya & Keusahawanan (K2K) bagi semua pelajar-pelajar UiTM khususnya dan program tersebut turut disertai oleh staf akademik dan pentadbiran UiTM. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan Cawangan Selangor.
Tujuan program tersebut dijalankan adalah bagi memberikan maklumat kerjaya melalui pelaksanaan webinar kerjaya oleh wakil majikan kepada pelajar dan graduan UiTM. Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang ilmu keusahawanan kepada pelajar dan graduan UiTM disamping menghubungkan pelajar dengan institusi kewangan serta syarikat-syarikat yang boleh membantu merealisasikan keusahawanan pelajar dan graduan. Antara tujuan lain program ini adalah membolehkan para pelajar menjalankan aktiviti dalam konteks pengurusan program dan pendidikan keusahawanan.
Perlaksanaan program ini sangat memberi impak yang positif kepada semua pelajar yang menguruskannya. Perancangan, perbincangan, gerak kerja dan pengendalian situasi sebenar yang dilakukan, telah memberi pelbagai ilmu dan pengalaman kepada mereka. Kumpulan yang menyertai program ini juga turut menerima tempias impak program ini dari segi pengalaman baru kepada mereka semasa menjalankan aktiviti yang diadakan. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan ataranya adalah aktiviti jualan makanan dan minuman, Hiburan Konsert, Aktiviti Berkuda, Aktiviti X-Tream Games dan Sukan Larian 5KM. Perrancangan dan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut dipantau oleh Encik Irwan Zakaria selaku Pengarah Program Keusahawanan Pelajar. Uniknya carnival ini, kesemua aktiviti yang dijalankan telah dikendalikan oleh kesemua Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UCS. Sikap dan sifat saling bantu membantu telah menjadikan carnival ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan lancar.
Dari sudut penjanaan pendapatan pula, pihak jawatankuasa pelaksana (JPK) telah berjaya mendapat sejumlah keuntungan bersih setelah menolak jumlah kos yang terlibat. Jawatankuasa pelaksana turut merujuk kepada tatacara kelolaan kewangan bagi karnival ini kepada pihak Bendahari UiTM UCS bagi memastikan proses pembayaran dan kewangan dapat dikawal dengan baik.
Dengan program K2K yang dijalankan ini, pihak Bahagian Hal Ehwal Pelar amat berasa bangga dan sangat berpuas hati dari segi pengendalian dan impak program ini.