Casuarina Mega Festival UiTM Cawangan Selangor

Casuarina Mega Festival (CMF) adalah sebuah program yang berbentuk festival makanan dan minuman serta permainan yang telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut dan telah diadakan pada fasa 2 aktiviti pengkuliahan bagi Sesi Mac – Ogos 2023. Program ini telah dijalankan pada 8 hingga 10 Jun 2023 bertempat di Tapak Keusahawanan ICare serta Padang Kawad. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina.

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi menggalakkan mahasiswa menggiatkan diri di dalam aktiviti perniagaan serta memberikan peluang bagi pengunjung untuk menghilangkan tekanan dan berlibur secara sihat. Festival ini telah mendapat sambutan sangat baik bukan sahaja daripada penghuni Kolej Casuarina, namun seluruh pelajar, staf UiTM Cawangan Selangor serta orang awam. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program Casuarina Mega Festival ini adalah Food Festival yang mengetengahkan jualan – jualan makanan dan minuman serta Mini Games aktiviti permainan seperti Fun Fair Games yang terdiri daripada Mini Golf, Dart, E – Scooter , Basikal Tandem, Beca Tuk-Tuk, Memanah, Water Gun, Face Painting, Maze, Mini Zoo, Bubble dan juga permainan Rollerblade .

Seterusnya, aktiviti malam juga telah dimeriahkan oleh aktiviti “Busking”, iaitu aktiviti santai persembahan nyanyian daripada Persatuan Persatuan Kesenian Dan Kebudayaan Uitm Puncak Alam dan para pelajar secara sukarela. Program Casuarina Mega Festival (CMF) ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 11.00 malam yang diakhiri dengan aktiviti pembersihan oleh urusetia serta pihak vendor terlibat.

Dengan usaha yang dilakukan ini, diharapkan 3085 orang pengunjung yang hadir ini dapat menjadikan program ini sebagai program yang berimpak kepada mereka disamping kesemua pelajar yang datang diberikan e-merit sebagai bekalan mereka untuk kemasukan kolej ke semester akan datang.