Jualan Rahmah Kasih Sayang Peringkat UiTM CPP Anjuran Unit Zakat, Sedekah Dan Wakaf (UZSW)

Pulau Pinang, 17 Januari 2024Unit Zakat, Sedekah, dan Wakaf (UZSW) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menganjur jualan rahmah kasih sayang UiTM Cawangan Pulau Pinang kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan. Program ini diadakan sempena Open Day Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari dan AEON BIG, Perai. Program ini dilaksanakan untuk menawarkan barangan keperluan harian kepada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Pulau Pinang pada harga yang mampu dimiliki bagi meringankan beban pelajar dan kakitangan yang terkesan daripada peningkatan harga barang keperluan asas.

Pihak AEON BIG telah menawarkan harga diskaun antara 50-80 peratus daripada harga biasa. Seramai 200 orang pelajar asnaf fakir dan miskin telah menerima baucer RM50 dari peruntukan Tabung Jelajah Asnaf 2023 untuk mereka berbelanja barang keperluan harian masing-masing. Program ini mendapat sambutan yang hebat dari warga UiTM Cawangan Pulau Pinang. Kebanyakan mereka memberi maklum balas yang sangat positif dengan reaksi kegembiraan mereka ketika berbelanja dan mengharapkan program seperti ini menjadi program bulanan atau tahunan kepada warga UiTM.