Dapatkan Pengiktirafan Kemahiran Melalui Sijil Kemahiran Malaysia

Jemputan Khas ke Sesi Taklimat – Dapatkan Pengiktirafan Kemahiran Anda Melalui Sijil Kemahiran Malaysia!

Pihak Malaysian Bioeconomy Corporation (Bioeconomy Corp) bersama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)  dengan penuh sukacita ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi taklimat dan pendaftaran bagi program pengiktirafan kemahiran yang ditawarkan oleh JPK melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).