International Information Management Online Showcase (IIMOS) 2020

🔊 Jom Sertai IIMOS 2020!!👨🏼‍💻

🔖 International Information Management Online Showcase (IIMOS 2020)🔖

📀Program pertandingan antarabangsa inovasi secara maya (virtual) anjuran UiTM Cawangan Kelantan bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
📀 Peluang keemasan bagi peserta untuk mempamerkan dan berkongsi kreativiti serta idea kepada umum.
📀 Rebut peluang memenangi pelbagai anugerah dan hadiah yang ditawarkan dan pastinya sijil penyertaan elektronik.
📀 Terbuka kepada umum khususnya agensi kerajaan/swasta, industri, serta warga pusat pengajian tinggi, dan sekolah.
📀 Yuran penyertaan yang murah.
📀Program dijalankan selama 3 bulan bermula 15/7/2020- 15/10/2020.

Cara Penyertaan:
🗝️ Daftar projek inovasi di laman sesawang IIMOS 2020.
📩 Pihak penganjur akan mengeluarkan surat pengesahan penerimaan projek.
📱Peserta perlu mempersembahkan projek inovasi mereka dalam bentuk video yang dimuat naik ke dalam mana-mana storan internet (Google Drive, Dropbox, One Drive, dsb) dan perlu dihantar capaian tersebut kepada penganjur.
🖥️ Peserta memuat naik bukti pembayaran, capaian kepada video projek inovasi dan dokumen sokongan lain melalui laman sesawang IIMOS 2020.
📽️ Pihak penganjur akan memuat naik video projek inovasi peserta ke YouTube Channel setelah membuat pengesahan pembayaran.
📹 Peserta boleh mempromosikan video masing-masing bagi memenangi anugerah “Most Outstanding Video Award”.
📲 Keputusan pertandingan oleh panel juri akan diumumkan melalui IIMOS 2020 YouTube Channel, laman sesawang IIMOS 2020, dan melalui emel.
📲 Keputusan panel juri adalah muktamad dan tidak boleh dibuat sebarang rayuan.

Tarikh-tarikh Penting
✴️ Tempoh Pertandingan ✴️
15 Julai 2020 – 15 Oktober 2020

✴️ Tarikh Tutup Penyertaan & Bayaran Yuran ✴️
15 Oktober 2020

✴️ Tempoh Penjurian ✴️
16 Oktober 2020 – 30 Oktober 2020

✴️ Pengumuman Keputusan ✴️
30 November 2020

Kami tunggu pendaftaran penyertaan anda semua…JOMMM

📚Untuk maklumat lanjut, sila layari https://iimos2020.uitmkelantan.com/