Program “Jasmine Lens” mengadakan satu program yang telah dianjurkan oleh exco multimedia Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). prgram ini telah diadakan 7 Jun sehingga 21 Jun 2022. Satu program dengan tempoh yang panjang ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu pasukan produksi Kolej Jasmine.
Bukan itu sahaja, program ini dalah bertujuan untuk menonjolkan bakat pelajar dalam menghasilkan video sekaligus dapat menaikkan nama Kolej Jasmine selari dengam kolej-kolej Cawangan UiTM Selangor. Seramai 16 orang peserta yang telah menyertai pertandingan Jasmine Lens ini. Menurut ketua program ini iaitu Saudara Ghazni, program ini juga telah dapat mengukuhkan silaturahim antara Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Jasmine dengan pelajar kolej Jasmine.