Istiadat Konvokesyen Ke-93 Meraikan 1,663 Graduan UiTM Cawangan Sarawak Berjaya Menamatkan Pengajian

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan Istiadat Konvokesyen yang ke-93 secara bersemuka bertempat di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada 4 hingga 6 Julai 2022. Istiadat Konvokesyen kali ini akan melibatkan graduan yang telah tamat pengajian pada Sesi 1 2019/2020 (Peperiksaan akhir Disember 2019/Januari 2020).

Seramai 1,663 orang orang graduan telah dianugerahi ijazah dan diploma masing–masing dan ibu bapa bersama-sama bangga meraikan kejayaan anak-anak mereka. Ini merupakan istiadat konvokesyen pertama yang dibuat secara bersemuka selepas beberapa siri konvokesyen terpaksa ditangguhkan akibat pendemik Covid-19. Malah istiadat konvokesyen UiTM ke-92 yang diadakan pada akhir tahun lepas juga dibuat secara janji temu dengan pematuhan ketat kepada SOP berdasarkan norma baharu.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan.

Tujuan majlis ini diadakan untuk bersama-sama meraikan kejayaan yang telah dikecapi oleh para graduan selepas beberapa tahun melanjutkan pelajaran. Selain memberi penghargaan dan semangat kepada para graduan agar mereka mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah dipelajari.

Hadir menyempurnakan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan adalah Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).Turut hadir adalah Profesor Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak serta Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak, Encik Fabian bin Henry, Ketua Eksekutif Kolej SATT dan Puan YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Presiden Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA).

Semoga maju jaya dan tahniah sekali lagi kepada semua graduan yang diraikan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada warga UiTM Cawangan Sarawak di atas komitmen, sokongan dan kerjasama dalam memastikan keperluan warga pelajar dapat dipenuhi sepanjang mereka bergelar pelajar di universiti ini.