Jasmine Ihya’ Ramadhan

Selaras dengan visi dan misi Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia dan bagi merealisasikan wawasan tersebut, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana yang merupakan sebuah persatuan peringkat kolej yang terdiri daripada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) berjaya mengadakan program di dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan iaitu Program Jasmine Ihya’ Ramadhan.

Program ini merupakan sebuah program yang bertemakan kerohanian yang telah dianjurkan oleh ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) UiTM Kampus Puncak Perdana. Program Jasmine Ihya’ Ramadhan ini telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan bermula 3 April 2022 sehingga 2 Mei 2022 secara atas talian dengan menggunakan platform media sosial Instagram, Telegram dan Facebook JPK dan Instagram PMH serta Google Meet.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah berjaya dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah kuiz mingguan, ceramah perdana sempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Encik Adam Bin Zakaria iaitu Staf Residen Kolej (SRK), pertandingan azan yang berjudul “Jejak Bilal”, dan 30 hari 30 perkongsian nuraniMenurut pengarah program Siti Sarah Binti Saharudin dan penasihat program, Puan Masmadianty Binti Muhammad, program ini telah berjaya melahirkan tenaga pelajar Islam yang memahami konsep Islam yang sebenar merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Hubungan silaturrahim antara ahli JPK Jasmine, SRK, Staf Unit Kesihatan dan Polis Bantuan telah dikukuhkan melalui program ini serta berjaya memberi pendekatan yang kuat dalam pelbagai aspek yang menjadikan pengurusan di Kolej Jasmine berjalan dengan lancar.