Jalan Kembali : Puncak Alam Bina Design Week 2023

Jalan Kembali : Puncak Alam Bina Design Week 2023, majlis ini bakal dianjurkan selama 6 hari di Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Puncak Alam.
Nama Jalan Kembali diberikan atas dasar ingin menghargai FSPU pada tahun pertama ia ditubuhkan iaitu pada 1967 sehingga lah kini iaitu Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) tahun 2023.

Program ‘Jalan Kembali : Puncak Alam Bina Design Week 2023’ merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) UiTM Puncak Alam dan bagi tahun ini, ianya bakal diadakan pada Tarikh 30 Oktober 2023 sehingga 4 November 2023. Program pada tahun ini bakal menghimpunkan para pelajar, pensyarah, alumni, industri professional, komuniti setempat serta masyarakat am untuk meraikan pencapaian dan inovasi dalam bidang alam bina. Ia turut memberi peluang kepada para pelajar dan pensyarah untuk menonjolkan hasil kerja kreatif dan projek inovatif mereka kepada orang awam di samping memiliki peluang untuk berinteraksi dan ruang kolaborasi dengan pihak luar secara lebih meluas.

Program ini akan berjalan mengikut tema dari hari ke hari yang lain. Tema yang diberikan adalah seperti, Isnin – LAUNCHING, Selasa – FIKIR, rabu – KERJA , khamis – TUKANG, jumaat – PAMER dan pada hari sabtu adalah FINALE.

Pada setiap hari, akan berlangsungnya sesi forum bersama 4 panel setiap 1 hari, bengkel kemahiran (workshop) yang dikendalikan oleh panel yang berkemahiran dalam bidang tersendiri, pertandingan seni kreatif dan sukan rekreasi.

4 November, Sabtu – FINALE adalah hari penutup bagi program ‘Jalan Kembali : Puncak Alam Bina Design Week 2023’ . Pada hari malam FINALE, pihak Kolej Pengajian Alam Bina bakal mengadakan Malam Gala Night Dinner. Tema juga diberikan dimana pensyarah, alumni, bekas pensyarah, ahli industri dan tetamu lain akan memakai baju yang bertema “All Black” dan para pelajar akan memakai baju bertema “All White”. Tema ini bertujuan untuk mengetengahkan simbolik ahli yang pada masa lalu dan masa akan datang.

Berdasarkan matlamat tersebut, harapan kami adalah untuk menjadikan program ini sebagai program berimpak tinggi anjuran Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) bagi tahun ini dan dengan itu, kami ingin menjayakan Malam Gala Night Dinner yang merupakan program penutup bagi ‘Jalan Kembali : Puncak Alam Bina Design Week 2023’ yang akan menghimpunkan para pelajar, pensyarah dan alumni di bawah satu dewan untuk meraikan keseluruhan komuniti Alam Bina merentas umur dan tahun termasuk barisan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Alumni Alam Bina (PAAB).

Bagi alumni FSPU/KAB, bekas pensyarah FSPU/KAB, ahli industri yang berminat untuk menyertai bersama dengan kami pada Malam Gala Night Dinner 4 November 2023, boleh hubungi wakil pelajar kami, 0113376043 (Soffy), 0193105237 (Hannah) dan 01124219740 (Syarifah).