BERTAM, 8 November 2023 – Pada 7 November 2023@ Selasa, bertempat Smart Classroom di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam, telah berlangsungnya international collaboration teaching dengan universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia bagi kod khusus NUR310(Community in Nursing). Ia merupakan Collaborative Teaching Models 2: Delivery Collaboration Between Countries (Universities) di mana ketua projek ialah Dr. Rusnani Ab Latif.
Guest lecture yang di jemput iaitu Dr. Yoyok Bekti Prasetyo, M.Kep.,Sp.Kom memberikan topik kuliah mengenai “Maternal health care base on community health nursing”. Aktiviti akademik ini adalah sebahagian daripada aktiviti dalam Memorandum of Agreement (MoA) dan Memorandum of Understanding (MoU) antara Rektor UMM Prof. Dr. Fauzan, MPd, dengan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang Prof. Ir. Dr. H. Ahmad Rashidy Bin Razali. MoA dan MoU tersebut telah ditandatangani pada bulan Januari 2023 yang lalu.
Dr. Yoyok menjelaskan bahawa Mother Mortality Rate (MMR) di Indoneisa jauh lebih tinggi dibandingkan dengan di Malaysia. Data tahun 2020 MMR di Indonesia masih di angka 173/100.000 kelahiran hidup, sementara di Malaysia di tahun yang sama 25/100.000 kelahiran hidup. Sedangkan, sasaran dunia dalam paramater Sustainable Development Goals (SDGs) tahun 2030 adalah 70 kematian/100.000 kelahiran hidup.
MMR merupakan indikator kesihatan yang penting untuk menggambarkan kesejahteraan dan kesihatan pada wanita khususnya di masa perinatal (antenatal, persalinan, dan postnatal). Beliau menegaskan penjagaan kesihatan semasa antenatal waktu kehamilan sangat penting dilakukan untuk menghindari risiko yang boleh meyebabkan kematian di kalangan ibu-ibu terutamanya bagi kes seperti Post Partum Haemorrhage (PPH).
Kuliah diakhiri dengan sesi soal jawab selama 15 minit dan sesi bergambar.