Program Free Market 4.0 Family@Bertam Beri Manfaat Kepada Lebih 300 Warga UiTM Bertam

Telah berlangsung Program Free Market 4.0 Family@Bertam anjuran Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Bertam dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Bertam dan MASMED UiTM Pulau Pinang pada 26 Oktober 2023 yang lalu. Program ini mensasarkan pemberian barangan preloved hasil sumbangan warga UiTM kepada warga yang memerlukan. Barangan sumbangan terdiri daripada pakaian, mainan, perhiasan rumah, alat sukan, buku dan sebagainya yang masih boleh digunakan.

Program yang dianjurkan ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan warga di kampus ini mendapat faedah melalui sumbangan-sumbangan yang diberikan secara percuma. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutamanya dikalangan pelajar. Lebih 300 warga UiTM telah mendapat manfaat daripada program ini terutamanya pelajar dan pekerja sokongan.

Rata-rata gembira dan memberi maklumbalas positif sepanjang program ini. Para pengunjung turut mencadangkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu warga yang memerlukan terutamanya pelajar-pelajar. Selain itu, manfaat lain yang diperolehi daripada program ini adalah dapat mengelakkan pembaziran dan penjagaan alam sekitar juga dapat diterapkan melalui penggunaan semula barang-barang yang masih elok dan tidak diperlukan.