‘Industry – Alumni Session With MRT Experts’ Di Kolej Pengajian Alam Bina UiTM Shah Alam

KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA – ‘Program Industry – Alumni Session with MRT Experts’ bersama pihak industri (Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) anjuran Kolej Pengajian Alam Bina telah Berjaya diadakan pada 4 Januari 2023 pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang di Dewan Kuliah Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam. Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mahasiswa mahasiswi untuk meningkatkan nilai tambah serta mendapatkan ilmu berkenaan pengendalian serta pelbagai cabaran dalam menyiapkan perkhidmatan tersebut.

Selain itu, program ini juga dilaksanakan bertujuan membangunkan daya keintelektualan serta kemahiran insaniah pelajar agar mampu menjadi bakal graduan yang berdaya saing serta berhemah tinggi selain dapat untuk mengeratkan silaturahim antara para pelajar itu sendiri.

Program forum ini telah dijayakan dengan perkongsian yang menarik dan informatif dari Shahrul Nizam Shoabani (Tunnel Project Manager), Noor Aiman Samsudin (Project Engineer) dan Khairul Azhar Samsuddin (Senior Project Manager). Program ini turut dihadiri oleh Dekan ICAN Kolej Pengajian Alam Bina iaitu Prof. Sr Dr Datin Hamimah Adnan. Perkongsian dari pihak industri ini juga memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu, dalam pembangunan modal insan, pembinaan yang merangkumi teknologi pembinaan dan kualiti, keselamatan dan alat penilaian mampan.

Akhir sekali program sebegini telah berjaya menjalinkan satu perhubungan muhibbah (alumni, jaringan industri dan perundingan) di kalangan pelajar, staf UiTM dan Industri.